☆ SELAMAT DATANG KE PUTRA SITES ☆

LED

Thursday, April 21, 2011

Hari Ini !!

Ini kisah aku petang semalam...huh~ tak taw aku nak cakap pa. Alkisah bermula tengah hari semalam masa aku baru lepas menunaikan solat zohor, tetiba membe aku kol cakap ada kelas petang ni lecturer suruh semua hadir. Aku pun tanpa berlengah masa terus bersiap untuk pergi kelas. Sampai2 ja lecturer tak dak. Aku tanya membe aku, dia cakap lecturer masok lambat. Adoyai panas aku. Pastu hujan turun dengan lebat, angin pun bertiup kencang, aku pun tanpa membuang masa dan keringat, aku pun pandu kereta nak balik rumah. Apabila sampai ja kat pala simpang nak masuk taman aku, kereta aku tetiba ja berenti senang cita enjin mati la...


Aku cuba start enjin balik tapi tak boleh. Apakan daya aku menunggu lama di situ. Pastu dengan menggunakan tulang empat kerat aku yang tak berapa kuat ni tolak kereta aku ke tepi. Kat tepi tu pulak ada sebuah tadika, dalam tu ada ramai budak2. Masa aku tolak keta aku diorang nampak, pastu pakat semua kerumun kat tepi pagar tengok aku tolak keta, siap sorak gi "SUPERMAN" banyak2. Macam artis pun ada gak aku masa tu hahaha. Aku kol membe aku tak dak sapa pun angkat, nasib bek ada sowang membe aku ni angkat kol aku. Aku mintak tolong dia datang kat aku jap sebab kereta aku rosak. Selepas berapa minit dia pun sampai. Dia cakap membe aku yang len tido sebab hujan. Adoyai kalo ya pun tido bagitaw ja la. Aku tak kacau ampa aihh...


Pastu aku dengan membe aku pun tolak la kereta sampai ke rumah aku. Aku rasa orang kat taman tu jakun kot, depa bukan nak tolong, depa boleh lalu tengok saja. Mampoih aku dapat jiran camtu, jenis jaga hal sendiri ja. Pastu ada seorang abang ngan pak cik ni nampak kami tengah bertungkus lumus menolak kereta, depa pun menawarkan khidmat menolak kereta aku. Depa tanya baru pindah ka kat sini ? aku pun jawab iya la baru ja sewa kat taman ni awal bulan hari tu...


Selepas sampai depan rumah aku, depa pun balik. Aku sekadar mampu ucap terima kasih ja la. Pastu aku pun berehat la ngan membe aku kat dalam rumah yang tak berapa besar. Pastu dia cakap nak gerak dah sebab azan maghrib dah berkumandang. Aku cakap tak pa arr sebab satgi pak cik aku nak mai. Aku pun tunggu la sowang2 kat dalam rumah, pastu apabila jam tepat menunjukkan pukul 9, pak tam aku pun sampai. Penantian aku yang berejam tadi pun berakhir..


Pak tam aku mai ngan pak su aku. Pak cik2 aku pun tengok keta aku apa yang rosak. Puas aku kena marah sebab buat banyak salah pastu tak dengar cakap ('ketegaq' la owang tua2 kata). Tapi aku tak kisah sebab memang salah aku pun (dalam hati memang panas gak arr huhuhu). Repair punya repair dengan marah pun kena sekali akhirnya keta aku ok dan boleh start. Alhamdulillah bersyukur tak kira, kalo tak aku kena menyusahkan ayah aku lagi. Aku tak kisah walaupun kena marah ka apa ka sebab tu tanda owang sayang kat kita, masih pedulikan kita, supaya kita tak buat dah kesilapan yang serupa. Aku kan dah besar boleh berpikir sebab tu aku tak bebal2 tapi selamber ja boleh senyum dan diamkan diri. Itu lebih elok...


Sedar tak sedar tup2 dah pukul 1 pagi, kami pun gerak arr balik rumak pak tam aku. Aku pandu keta aku pulang sendiri sebab pak tam aku nak i antaq pak su aku balik rumah dia dulu. Sesampai ja ku kat rumah xdan nak berehat gi aku pon melayari internet. Sempat gi aku tulis kat dalam belog aku hakhakhak...


Sekian lah pengalaman dan alkisah aku di hari semalam yang baru melepasi aku beberapa jam yang lalu. Itu pengalaman gak kot kalo nak dikategorikan la hahaha...

No comments:

Post a Comment